SEMINAR DAN BENGKEL PENULISAN & PENERBITAN SAINTIFIK 2021
Penganjuran Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2021 ini merupakan yang kali ke-12 diadakan. Tema ‘Karya Sains dan Teknologi untuk Kemakmuran Bersama dalam Norma Baharu’ dipilih bagi memantapkan lagi karya saintifik para karyawan di samping membina profesionalisme dalam bidang penulisan dan penerbitan sainfitik. Selain itu, ianya sejajar dengan cita-cita dan hasrat kita untuk melihat penghasilan penerbitan saintifik di Malaysia terus maju dengan karya yang asli, berintegriti dan berkualiti