skip to Main Content

Pengenalan 

Membina Warga Cemerlang merupakan suatu program motivasi bagi menggalak dan menyuburkan kerjasama berpasukan dalam kalangan rakan sekerja dan merangsang semangat ingin berbakti kepada organisasi sebagai pemangkin dorongan sikap serta budaya kerja positif bagi mencapai hasrat organisasi.

Kekuatan organisasi banyak bergantung kepada warganya yang bekerja sebagai individu mahupun secara berpasukan. Kekuatan ini perlu terus diperkasa untuk memacu dan menggerakkan organisasi menuju ke puncak.

Objektif Kursus

  • Menyedarkan mengenai pengiktirafan diri, rakan sepasukan dan organisasi
  • Memahami peranan diri dan pengharapan organisasi
  • Menyingkap kekuatan, kelemahan dan jatidiri insan cemerlang
  • Memantapkan pemikiran positif terhadap kepentingan meningkat produktiviti dan kualiti
  • Menyuburkan daya kreatif dan inovatif

Kandungan Kursus

  • Memecah ruyung
  • Pembentukan pasukan
  • Mengenali diri dan nilai hidup
  • Mencungkil kekuatan diri
  • Kerja berpasukan dan ciri pasukan cemerlang
  • Kepentingan komunikasi dan rangkaian kerja
  • Pengurusan masa dan perancangan kerja
  • Kerja sebagai suatu ibadah 

Objektif Pembelajaran 

Adalah diharapkan selepas kursus ini, peserta-peserta akan berupaya untuk:

  • Menyuburkan keseronokan bekerja dalam persekitaran organisasi
  • Memupuk nilai dan etika positif, mempertingkatkan keyakinan diri serta memperkukuh  ketahanan mental
  • Meningkatkan potensi diri, semangat berpasukan dan sumbangan positif
  • Memahami akan pentingnya meningkatkan prestasi dan meneruskan kecemerlangan
  • Menyedari nikmat mencipta, kreativiti dan inovatif

Pendekatan 

Syarahan, latihan, latihan kes/action maze, main peranan dan perbincangan 

Peserta

Terbuka kepada semua warga perkhidmatan kerajaan dan swasta yang berkhidmat dalam kumpulan sokongan, perkeranian dan teknikal seperti Penyelia, Pembantu Teknik, Juruteknik, Pembantu Makmal, Penolong Pegawai Sains, Pegawai Percubaan, Pembantu Tadbir dan mereka yang berminat dalam peningkatan keupayaan diri dan kerja berpasukan.

Yuran 

Pendaftaran Perseorangan per pax      RM 550.00

Pendaftaran Berkumpulan per pax     RM 500.00

(2 atau lebih dari organisasi yang sama)

Register now »

Back To Top