Pengenalan
Penganjuran Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2020 ini merupakan yang kali ke-12 diadakan. Tema ‘Karya Sains dan Teknologi untuk Kemakmuran Bersama dalam Norma Baharu’ dipilih bagi memantapkan lagi karya saintifik para karyawan di samping membina profesionalisme dalam bidang penulisan dan penerbitan sainfitik. Selain itu, ianya sejajar dengan cita-cita dan hasrat kita untuk melihat penghasilan penerbitan saintifik di Malaysia terus maju dengan karya yang asli, berintegriti dan berkualiti.
Manuskrip yang terpilih berpeluang untuk diterbitkan di dalam jurnal-jurnal berindeks MyCite dan ACI.
Hadiah Menarik Menanti bagi Pembentang Poster Terbaik.
Artikel Terpilih Berpeluang Diterbitkan dalam Portal Majalahsains.Com Dan Majalah Terbitan DBP.
Bimbingan secara atas talian bersama editor saintifik semasa bengkel (1 Julai 2021).
Promosi Diskaun Early Bird daftar sebelum 30 April 2021.
PANGGILAN UNTUK PEMBENTANGAN KERTAS KERJA SECARA LISAN ATAU E-POSTER
Tajuk | Tarikh |
---|---|
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak bagi Seminar & E-Poster | 23 April 2021 |
Makluman Penerimaan sebagai Pembentang Lisan atau E-Poster | 03 Mei 2021 |
Penghantaran Kertas Kerja Penuh (Bagi Pembentangan Kertas Kerja) dan Pendaftaran | 04 Jun 2021 |
Pendaftaran Seminar, Bengkel & E-Poster | 01 Mac- 05 Jun 2021 |
Seminar Penulisan & Penerbitan | 29 – 30 Jun 2021 |
Pembentangan dan Pertandingan E-Poster | 30 Jun 2021 |
Bengkel | 01 Julai 2021 |
Anjuran:
Anjuran Bersama:
Sokongan:
*sila klik gambar ini untuk zoom
Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik
Tarikh: 29 - 30 Jun 2021
Pengenalan
Penganjuran Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2020 ini merupakan yang kali ke-12 diadakan. Tema ‘Karya Sains dan Teknologi untuk Kemakmuran Bersama dalam Norma Baharu’ dipilih bagi memantapkan lagi karya saintifik para karyawan di samping membina profesionalisme dalam bidang penulisan dan penerbitan sainfitik. Selain itu, ianya sejajar dengan cita-cita dan hasrat kita untuk melihat penghasilan penerbitan saintifik di Malaysia terus maju dengan karya yang asli, berintegriti dan berkualiti.
Penulisan dan penerbitan saintifik adalah kunci dalam pembentukan dan penyebaran ilmu pengetahuan kerana ia adalah nadi kepada sistem pendidikan dan pembentukan budaya bangsa. Kemajuan sesebuah negara dan masyarakat biasanya dilandasi khazanah penulisan dan penerbitan yang kukuh. Sejarah kebudayaan dan tamadun manusia membuktikan bahawa tanpa penulisan dan penerbitan yang aktif, kemajuan masyarakatnya tidak akan berkekalan.
Di dalam era globalisasi ini, dunia penulisan dan penerbitan saintifik berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak profesional dan orientasi perniagaan. Lambakan penerbitan bukan saintiifk seperti penerbitan hiburan dan fiksyen memberi saingan hebat mengakibatkan pasaran penulisan dan penerbitan saintifik terjejas.
Penulisan dan penerbitan saintifik perlu diperkasa dan dipersembah dalam gaya yang menarik untuk menarik minat membaca dalam kalangan masyarakat. Budaya membaca Ini akan melahirkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama.
Seminar yang diadakan secara tahunan ini akan mengupas topik dalam dunia penulisan dan akan dibentangkan oleh para pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan saintifik. Para pegawai yang baharu akan turut membentangkan kertas kerja mereka yang telah dihasilkan melalui penyelidikan terkini.
Skop
Satu (1) ucap tema, tiga (3) ucaptama dan tiga belas (13) kertas kerja akan dibentangkan oleh penceramah tempatan merangkumi topik di bawah:
- Cabaran penulisan dan penerbitan saintifik
- Hak cipta penerbitan saintifik
- Keselamatan maklumat
- Pengurusan editorial
- Masa depan penulisan dan penerbitan saintifik
- Aspek bahasa dan gaya penulisan
- Penulisan dan penerbitan elektronik
- Undang-undang dalam penulisan dan akta penerbitan
- Pemasaran penulisan dan penerbitan saintifik
- Pindahan manuskrip daripada hasil penyelidikan
- Terjahan Ledakan Maklumat dan Komunikasi
Objektif
- Membina profesionalisme dalam bidang penulisan dan penerbitan saintifik
- Mendedahkan peserta kepada dunia penulisan dan penerbitan bagi meningkatkan mutu dan produktiviti
- Menambah nilai kepada penulisan dan penerbitan saintifik
- Mendapat praktis terbaik daripada organisasi dan badan yang terlibat dalam penerbitan saintifik
Bengkel Penulisan Saintifik
Tarikh: 1 Julai 2021
Pengenalan
Tanggungjawab seorang penyelidik tidak terhenti dengan berakhirnya kajian di makmal, tetapi tugas mereka perlu dikembangkan dengan menyalurkan hasil kajian tersebut kepada masyarakat luar. Bengkel post-seminar ini diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan penceramah berpengalaman untuk menguasai teknik dan kaedah penulisan saintifik yang berkesan dan mendapatkan panduan untuk meningkatkan peluang artikel tersebut diterbitkan. Penganjuran bengkel ini adalah kesinambungan daripada Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2021 yang diadakan sebelum bengkel.
Objektif
- Untuk memahami prinsip asas dalam penulisan saintifik
- Untuk mendapatkan kemahiran dalam membangun dan menulis artikel saintifik
- Untuk memberi panduan dalam penyediaan artikel saintifik yang baik
- Untuk mendapatkan panduan menerbitkan kertas penerbitan berwasit dan berimpak tinggi
Kandungan Bengkel
Bengkel Penulisan Saintifik 2021 ini adalah untuk memurnikan manuskrip yang sedia ada sebelum dihantar ke jurnal yang telah dikenalpasti. Ia memberi peluang kepada para peserta untuk memberikan sepenuh tumpuan bagi menyiapkan abstrak manuskrip dalam suasana yang lebih kondusif. Platform untuk menjalinkan kerjasama dan perbincangan yang lebih interaktif di kalangan peserta.
Peserta dikehendaki untuk menyediakan draf manuskrip sekurang-kurangnya 60% telah siap dan segala bahan rujukan yang difikirkan perlu ke bengkel ini agar proses penulisan akan berjalan dengan lancar.
Pembentangan Kertas Kerja Secara Lisan atau Poster, Pertandingan Poster serta Pameran
Kertas Kerja
Manuskrip yang terpilih berpeluang untuk diterbitkan di dalam jurnal-jurnal di UiTM berindeks MyCite dan ACI (Asean Citation Index). Pemilihan ditetapkan oleh Chief Editor jurnal-jurnal tersebut dan peserta perlu menjalani proses penilaian sebelum manuskrip dapat diterbitkan.
Kos penerbitan bagi manuskrip ke jurnal terpilih adalah tanggungjawab penulis dan tidak termasuk didalam yuran seminar dan bengkel.
Poster
Peserta berpeluang berkongsi penulisan melalui penghasilan dan persembahan poster di seminar serta poster ini turut layak untuk dipertandingkan semasa seminar tersebut.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan pembentangan kertas kerja serta poster , mohon klik di pautan di bawah ini :
Artikel
Artikel Terpilih berpeluang diterbitkan dalam Portal Majalahsains.Com Dan Majalah Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat terbitan artikel di dalam majalah sains dan DBP. Sila klik pautan di bawah ini:
Program
Bagi mendapatkan program seminar dan bengkel , mohon klik pautan ini :
Peserta
Terbuka kepada karyawan dari sektor awam, badan berkanun dan swasta yang terlibat dalam bidang penulisan dan penerbitan karya khususnya penyelidik, pensyarah, pegawai penerbitan, pustakawan, dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang penulisan dan penerbitan serta orang awam.
Tarikh Tutup
Penerimaan borang pendaftaran adalah sebelum 05 Jun 2021. Peserta boleh mendaftar terus pada hari pertama seminar dijalankan sekiranya masih terdapat kekosongan.
Aturcara Program
Ahli Jawatankuasa Penganjuran Seminar Dan
Bengkel Penulisan & Penerbitan Saintifik 2021
Penasihat 1
Profesor Dr. Mohd Nazip Suratman (UiTM)
Dr Siti A’aisah binti Hashim (Nuklear Malaysia)
Penasihat 2
Profesor Dr. Nooritawati Md Tahir (UiTM)
Pengerusi
Encik Mohd Sidek Othman (Nuklear Malaysia)
Profesor Madya Dr. Siti Noor Hajjar Md Latip (UiTM)
Timbalan Pengerusi I
Dr Ishak Mansor (Nuklear Malaysia)
Profesor Ts Dr Wardah Tahir (UiTM)
Setiausaha 1
Cik Siti Hajar Yusof (Nuklear Malaysia)
Puan Noor Nadia Mohd Nasir (UiTM)
Setiausaha 2
Puan Fasihah Abdul Wahab (UiTM)
Bendahari
Puan Nor Hadzalina Sukarseh (Nuklear Malaysia)
Puan Soleha Romallani (UiTM)
Jawatankuasa Promosi dan Publisiti
Dr Mohd Muzamir Mahat (UiTM)
Puan Norliza Abdul Mihat (Nuklear Malaysia)
Jawatankuasa Program
Seminar
Profesor Dr Rohana Ahmad (UiTM)
Dr. Nurdiana Samsulrizal (UiTM)
Cik Siti Hajar Yusof (Nuklear Malaysia)
Bengkel
Profesor Madya Dr. Aidah Jumahat (UiTM)
Dr. Rozana Azrina Sazali (UiTM)
Cik Siti Hajar Yusof (Nuklear Malaysia)
E-Poster
Profesor Madya Dr. Siti Noor Hajjar Md Latip (UiTM)
Profesor Dr. Jasni Mohamad Zain (UiTM)
Cik Siti Hajar Yusof (Nuklear Malaysia)
Penjurian E-Poster
Dr Ishak Mansor (Nuklear Malaysia)
Ir. Ts. Dr. Syed Abdul Mutalib Al Junid Syed Abdul Rahman (UiTM)
Profesor Madya Dr. Rafeah Legino (UiTM)
Jawatankuasa Perasmian dan Protokol
Puan Nor Hadzalina Sukarseh (Nuklear Malaysia)
Puan Norliza Binti Abdul Mihat (Nuklear Malaysia)
Puan Nurulakma Hairoman (UiTM)
Jawatankuasa Teknikal & Website
Puan Khairunnisa Musa (UiTM)
Puan Nor Hadzalina Sukarseh (Nuklear Malaysia)
Encik Saaidi Ismail (Nuklear Malaysia)
Puan Nur Fatini Abd Ghani (Nuklear Malaysia)
Encik Muhammad Naziruddin Qayyum Ahmad Nazri (Nuklear Malaysia)
Jawatankuasa Penerbitan & Pencetakan
Profesor Dr. Shahriman Zainal Abidin (UiTM)
Profesor Ts. Dr. Wardah Tahir (UiTM)
Puan Normazlin Ismail (Nuklear Malaysia)
Encik Mohd Faizal bin Aziz (Majalah Sains)
Encik Rusdi Abd Rahman (DBP)
Jawatankuasa Pentadbiran Peserta
Cik Siti Hajar Yusof (Nuklear Malaysia)
Puan Kasnidar Nurdin (Nuklear Malaysia)
Jawatankuasa Tajaan
Profesor Madya Dr. Norol Hamiza Zamzuri (UiTM)
Profesor Madya Dr. Chemah Thamby Chik (UiTM)
Pejabat
Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Blok 57, Kompleks Jalan Dengkil
Bangi, 43000, Kajang Selangor
(u.p. : Pusat Kecemerlangan Nuklear)
Tel Office: 03.89112000 samb. 2604/2608/2609/2600
Fax: 03.8911.2180
Pegawai untuk dihubungi
Nama: Kasnidar
Email: kasnidar@cc.nuclearmalaysia.gov.my/kasnidarnurdin@gmail.com
Tel Mobile: +6017-6337637
Nama: Hajar
Email: sitihajar@nm.gov.my
Tel Mobile: +6012-4367769
Nama: Hadza
Email: hadza@nm.gov.my
Tel Mobile: +6019-3434122