skip to Main Content

Pengenalan

Kursus Asas Kakitangan Keselamatan merupakan suatu program yang memberi pendedahan mengenai amalan-amalan keselamatan, pemeriksaan, kendalian dan pemantauan serta prosedur-prosedur bagi meningkatkan kemahiran dalam aspek keselamatan agar lebih efektif dan efisyen dalam menjalankan tugas. Sebagai penjawat barisan hadapan, tanggungjawab pengawal keselamatan bukan sahaja terbatas terhadap keselamatan premis dan harta benda malah keselamatan para pekerja yang mungkin terdedah kepada bahaya-bahaya seperti pencerobohan, sabotaj dan anasir-anasir yang tidak diingini. Melalui program ini, kesedaran keselamatan akan dapat dipertingkat, begitu juga dengan kepekaan dan kemahiran pengawal keselamatan dalam aspek kawalan keselamatan. Kursus ini juga dapat membantu petugas keselamatan khususnya pengawal keselamatan dan penyelia keselamatan memahami peranan dan sumbangan positif bagi mencapai keselamatan dalam sesebuah organisasi.

Objektif Pembelajaran 

Adalah diharapkan selepas kursus ini, peserta-peserta akan berupaya untuk:

  • Memahami aspek kawalan keselamatan, pemeriksaan dan pemantauan
  • Memahami sistem keselamatan dan perhubungan keselamatan
  • Mengetahui cara-cara pengendalian tetamu dan penyambut keselamatan
  • Mengetahui cara-cara pengendalian laporan keselamatan
  • Memahami peraturan-peraturan keselamatan dan undang-undang berkaitan kawalan keluar masuk, premis dan harta benda

Kandungan Kursus 

  • Pengenalan kepada keselamatan komersial, peranan, tujuan dan tugas-tugas keselamatan
  • Kawalan keluar masuk dan pemeriksaan keselamatan ke atas harta dan kenderaan
  • Komunikasi, perhubungan telefon dan walkie-talkie
  • Penyambut keselamatan dan mengendalikan tetamu
  • Buku-buku catatan, log, rekod dan penyediaan laporan keselamatan
  • Perlindungan terhadap premis dan keselamatan harta benda
  • Penggera sistem keselamatan termasuk keselamatan elektronik
  • Peraturan-peraturan keselamatan dan undang-undang
  • Perancangan kontingensi dan prosedur kecemasan
  • Kesihatan dan Keselamatan: Kemalangan dan kesan, kawalan bahaya dan akta-akta yang berkaitan

Peserta

Penyelia Keselamatan, Pengawal Keselamatan, Polis Bantuan dan mereka yang terlibat dalam aspek keselamatan khususnya kawalan, pemeriksaan, pemantauan dan kendalian.

Pendekatan 

Syarahan, latihan, latihan kes/action maze, main peranan dan perbincangan.

Yuran 

Pendaftaran Perseorangan per pax      RM 650.00

Pendaftaran Berkumpulan per pax     RM 600.00

(2 atau lebih dari organisasi yang sama)

Register now »

Back To Top