skip to Main Content

Pengenalan

Penyeliaan Keselamatan Efektif dan Cemerlang merupakan suatu program yang memberi pendedahan mengenai amalan-amalan keselamatan, pemeriksaan, kendalian dan pemantauan serta prosedur-prosedur bagi meningkatkan kemahiran dalam aspek keselamatan agar lebih efektif dan efisyen dalam menjalankan tugas. Sebagai penjawat barisan hadapan, tanggungjawab pengawal keselamatan bukan sahaja terbatas terhadap keselamatan premis dan harta benda malah keselamatan para pekerja yang mungkin terdedah kepada bahaya-bahaya seperti pencerobohan, sabotaj dan anasir-anasir yang tidak diingini. Melalui program ini, kesedaran keselamatan akan dapat dipertingkat, begitu juga dengan kepekaan dan kemahiran pengawal keselamatan dalam aspek kawalan keselamatan. Kursus ini juga dapat membantu petugas keselamatan khususnya pengawal keselamatan dan penyelia keselamatan memahami peranan dan sumbangan positif bagi mencapai keselamatan bagi sesebuah organisasi.

Objektif Pembelajaran

  • Memberi kesedaran dalam menangani kes – kes yang melibatkan kecemasa, kemalangan dan ancaman.
  • Mempelajari aspek kepakaran di dalam merancang, mengendalikan, mengawal dan melaksanakan tugas-tugas serta tanggungjawab seorang penyelia keselamatan
  • Mematuhi hierarki komunikasi
  • Mempelajari cara komunikasi dan membuat perhubungan yang efektif dengan ketua, kakitangan dan subordinat
  • Mempelajari undang-undang, prosedur dan melaksanakan kuasa mengikut peruntukan undang-undang dan agensi
  • Mempelajari prosedur kecemasan – mengosongkan bangunan, kecemasan kebakaran, kecemasan ugutan bom dan prosedur kecemasan

Kandungan Kursus 

  • Pengenalan kepada keselamatan
  • Peranan pegawai keselamatan
  • Peranan penyelia keselamatan
  • Fungsi penyelia
  • Prinsip-prinsip pengurusan
  • Komunikasi
  • Perkhidmatan telefon berkualiti
  • Perhubungan menggunakan ‘walkie talkie’
  • Mengenal risiko dan pencegahan kerugian
  • Tinjauan keselamatan
  • Pegawai keselamatan dan undang-undang
  • Kecekapan antara personal
  • Motivasi
  • Kepimpinan
  • Menulis laporan
  • Keselamatan fizikal
  • Keselamatan elektronik
  • Kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  • Perancangan kontigensi
  • Prosedur kecemasan ancaman bom
  • Panggilan kecemasan
  • Organisasi keselamatan

Peserta

Ketua pegawai keselamatan, Eksekutif keselamatan/pengurus, penyelia utama ‘in-house’, ketua keselamatan, penyelia keselamatan, ketua pengawal, ketua penguat kuasa.

Pendekatan 

Syarahan, latihan & kajian.

Yuran 

Pendaftaran Perseorangan per pax      RM 750.00

Pendaftaran Berkumpulan per pax     RM 700.00

(2 atau lebih dari organisasi yang sama)

Register now »

Back To Top