skip to Main Content

Pengenalan

Sesuatu karya dalam bentuk dokumen, laporan atau artikel merupakan hasil penulisan dan penyuntingan yang hendak disampaikan kepada khalayak pembaca dalam bentuk khusus, formatik dan senang difahami. Oleh itu, kemahiran menulis dan menyunting diperlukan supaya karya yang dihasilkan adalah jelas, tepat dan menarik. Hasil karya yang baik, bukan sahaja dapat menggamit khalayak malah meningkatkan citra organisasi dan penulis sendiri.  Penyunting menjadi penghubung di antara penulis dengan pembaca. Kerja-kerja penyuntingan yang dilakukan merupakan komponen penting dalam penerbitan bagi memudahkan penulis menyampaikan idea sehingga dapat difahami pembaca. Tugas penyunting memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus di samping penguasaan aspek teknikal dalam penyuntingan.

Kerja-kerja penyuntingan dan ruang lingkupnya banyak dipelajari melalui pematangan kerja dalam sesebuah organisasi penerbitan. Dengan itu, kecekapan kerja dapat diperoleh menerusi latihan dalaman atau pengalaman kerja seharian akan memudahkan tugas-tugas penyunting di samping meningkatkan kecekapan tugas penyuntingan. Oleh itu, masa yang diambil untuk melahirkan seorang penyunting agak lama. Sementara memupuk kepakaran dan kecekapan untuk menjalankan kerjanya dengan berkesan, banyak kelemahan yang dilakukan sehingga menjejaskan komunikasi pengarang-pembaca dan menjejaskan keuntungan syarikat.

Bengkel ini diadakan untuk melatih para peserta secara teori dan amali tentang aspek penyuntingan dalam penerbitan, khususnya dalam penerbitan artikel. Pada akhir bengkel, para peserta diharap dalam memperoleh pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan bagi memudahkan tugas-tugas penyunting.

Peserta 

Penyunting, penulis, pensyarah, pegawai kanan jabatan kerajaan atau swasta, pegawai perhubungan awam atau komunikasi korporat dan seiapa yang terlibat dalam kerja-kerja penerbitan 

 Objektif Bengkel

  • Memberi penjelasan tentang tugas dan tanggungjawab penyunting.
  • Membantu peserta membuat keputusan berhubung penggunaan bahasa dengan tujuan merapatkan jurang idea.
  • Membekalkan peserta dengan idea-idea dan pemikiran baru dalam pemantapan profesionalisme mereka.
  • Memberi kefahaman tentang peranan dan aspek penyuntingan sama ada karya asli mahupun karya terjemahan,
  • Memantapkan penguasaan dan mempraktikkan simbol penyuntingan standard serta dapat mempelajari teknik penyuntingan rajah, jadual, dan ilustrasi. 

Kandungan Bengkel

  • Mengenali bahan-bahan penerbitan
  • Tugas-tugas penyunting
  • Proses penyuntingan dalam penerbitan
  • Penandaan artikel dalam penyuntingan
  • Penyuntingan artikel
    • Bahagian awalan
    • Bahagian teks
    • Bahagian akhiran
  • Penghasilan model artikel dan perbincangan
  • Penyuntingan dan pemasaran artikel
  • Penyuntingan dan undang-undang

Pendekatan

Syarahan, perbincangan/simulasi dan latihan kes

Yuran 

Pendaftaran Perseorangan per pax      RM 850.00

Pendaftaran Berkumpulan per pax     RM 800.00

(2 atau lebih dari organisasi yang sama)

Register now »

Back To Top