skip to Main Content

Pengenalan

Dalam dunia siber, internet dan laman web merupakan sumber informasi terkini dalam masyarakat. Justeru itu, sesetengah pihak beranggapan ia akan berakhirnya peranan media cetak. Ternyata tanggapan tersebut meleset berikutan setiap satu memainkan peranan yang tersendiri dan berkembang dengan jalurnya. Begitulah penerbitan, media cetak terus membanjiri masyarakat. Penggunaan meluas teknologi maklumat dalam kehidupan kita hari ini telah membuka peluang baharu kepada industri penerbitan amnya dan penerbitan saintifik khasnya.

Penulisan dan penerbitan saintifik adalah kunci dalam pembentukan dan penyebaran ilmu kerana ia adalah nadi kepada sistem pendidikan dan pembentukan budaya bangsa. Kemajuan sesebuah negara dan masyarakat biasanya dilandasi khazanah penulisan dan penerbitan yang kukuh. Sejarah kebudayaan dan tamadun manusia membuktikan bahawa tanpa penulisan dan penerbitan yang aktif, kemajuan masyarakatnya tidak akan berkekalan. Prinsip penerbitan adalah mendukung aspirasi budaya, intelektual, sosial dan moral dalam menyampaikan ilmu.

Penerbitan saintifik perlu diperkasa dan dipersembah dalam gaya yang menarik agar sampai kepada khalayak untuk menarik minat membaca dalam kalangan masyarakat sejajar dengan saranan kerajaan untuk menjadikan membaca sebagai budaya dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama.

Di dalam era globalisasi ini, dunia penulisan dan penerbitan saintifik berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak profesional dan orientasi perniagaan. Lambakan penerbitan bukan saintiifk seperti penerbitan hiburan dan fiksyen memberi saingan hebat mengakibatkan pasaran penulisan dan penerbitan siantifik sering dibelenggu masalah.

Seminar tahunan ini akan mengupas topik-topik dalam dunia penerbitan hari ini merangkumi cabaran, hak cipta, undang-undang, keselamatan maklumat dan masa depan penerbitan saintifik. Topik-topik ini akan dibentang oleh tokoh-tokoh yang diiktiraf dan pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan saintifik.

Litupan 

  • Cabaran penulisan dan penerbitan saintifik
  • Hak cipta penerbitan saintifik
  • Keselamatan maklumat
  • Pengurusan editorial dan penyuntingan
  • Masa depan penulisan dan penerbitan saintifik
  • Aspek bahasa dan gaya dalam penulisan dan penerbitan
  • Penulisan dan penerbitan elektronik
  • Undang-undang dan akta dalam penulisan dan penerbitan
  • Pemasaran penulisan dan penerbitan saintifik
  • Pindahan manuskrip daripada hasil penyelidikan
  • Terjahan Ledakan Maklumat dan Komunikasi
  • Penulisan Kertas Teknikal 

Objektif

  • Membina profesionalisme dalam bidang penulisan dan penerbitan saintifik
  • Mendedahkan peserta kepada dunia penulisan dan penerbitan bagi meningkatkan mutu dan produktiviti
  • Menambah nilai kepada penulisan dan penerbitan saintifik
  • Mendapat praktis terbaik daripada organisasi dan badan yang terlibat dalam penerbitan saintifik

Forum

Cabaran, kemajuan dan hala tuju penulisan dan penerbitan saintifik, keselamatan maklumat, isu pemasaran penulisan dan penerbitan saintifik akan dibincangkan lebih lanjut oleh wakil-wakil dari organisasi dan badan-badan yang terlibat pada akhir seminar.

Peserta

Terbuka kepada karyawan dari sektor awam, badan berkanun dan sektor swasta yang terlibat dalam bidang penulisan dan penerbitan karya khususnya penyelidik, pensyarah, pegawai penerbitan, pustakawan, dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang penulisan dan penerbitan.

Register now »

Syarat Penyertaan Kertas Kerja dan Poster

Back To Top