Pengenalan
Kursus keusahawanan merupakan suatu program yang memberi fokus kepada program untuk melahirkan usahawan dan meningkatkan kualiti usahawan yang sedia ada dengan melengkap diri melaliu ilmu pengetahuan, kemahiran pengurusan perniagaan dan ciri keusahawanan supaya seseorang itu mampu menjadi usahawan yang berdaya saing dan maju.
Program ini juga bertujuan untuk membangkit dan menanam semangat berdikari serta menyedarkan peserta kepada peluang perniagaan dan memberi pengetahuan asas pengurusan
Objektif Kursus
- Mengenal pasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya
- Menerap etika perniagaan yang agresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan menjalankan perniagaan
- Meningkatkan kemahiran untuk melahirkan usahawan bermotivasi, inovatif dan berdaya saing
- Memantapkan pemikiran positif terhadap kepentingan meningkat produktiviti dan kualiti *Menyuburkan daya kreatif dan inovatif dalam diri usahawan meningkat produktiviti dan kualiti
Kandungan Kursus
- Teori & amalan keusahawanan
- Peluang-peluang perniagaan
- Motivasi keusahawanan
- Pengurusan perniagaan
- Pembiayaan kewangan
- Penyata kewangan
- Penyediaan & Pembentangan rancangan perniagaan
Objektif Pembelajaran
Adalah diharapkan selepas kursus ini, peserta-peserta akan berupaya untuk:
- Memupuk nilai dan etika positif, mempertingkatkan keyakinan diri serta berdaya saing *Meningkatkan potensi diri dan mengenalpasti bakat untuk menjadi usahawan yang berjaya *Mendidik dan membudayakan peserta dengan pelbagai aspek keusahawanan
- Menyedari nikmat mencipta, kreativiti dan inovatif dalam menghadapi persaingan dan cabaran usahawan di alaf baru
Pendekatan
Syarahan, latihan, main peranan dan perbincangan
Peserta
Terbuka kepada semua para usahawan yang sedia ada terdiri daripada pelbagai rangkai niaga makanan dan minuman (F&B), pertanian, perkhidmatan (logistik, penerbitan dll), teknologi (membina laman web), dan lain-lain. Juga untuk bakal usahawan dan mereka yang berminat untuk menjadi usahawan.
Yuran
Pendaftaran Perseorangan per pax RM 1,050.00
Pendaftaran Berkumpulan per pax RM 1,000.00
(2 atau lebih dari organisasi yang sama)