skip to Main Content

Pengenalan

Penganjuran Seminar dan Bengkel Penulisan & Penerbitan Saintifik 2022 ini merupakan yang kali ke-13 diadakan. Tema “Menyemarakkan Penulisan dalam bidang Sains dan Teknologi” dipilih bagi memantapkan lagi karya saintifik para karyawan di samping membina profesionalisme dalam bidang penulisan dan penerbitan sainfitik. Selain itu, ianya sejajar dengan cita-cita dan hasrat kita untuk melihat penghasilan penerbitan saintifik di Malaysia terus maju dengan karya yang asli, berintegriti dan berkualiti.

MUAT TURUN BROSUR
SYARAT PENYERTAAN
TENTATIF PROGRAM
Penulisan Dan Penerbitan Saintifik 2022
Penulisan Dan Penerbitan Saintifik 2022
Penulisan & Penerbitan

Hadiah Menarik Menanti bagi Pembentang Poster Terbaik.

Artikel Terpilih Berpeluang Diterbitkan dalam Portal Majalahsains.Com Dan Majalah Terbitan DBP.

Bimbingan secara bersemuka bersama Editor Saintifik semasa bengkel (30 Jun 2022).

Promosi Diskaun Pendaftaran Awal sebelum 30 April 2022.

PANGGILAN UNTUK PEMBENTANGAN KERTAS KERJA SECARA LISAN ATAU E-POSTER

Tajuk Tarikh
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak bagi Poster 30 April 2022
Makluman Penerimaan sebagai Pembentang Poster 17 Mei 2022
Pendaftaran Pertandingan Poster 3O Mei 2022
Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik 28 – 29 Jun 2022
Pembentangan dan Pertandingan Poster 29 Jun 2022
Bengkel 30 Jun 2022
logo-anjuran
qr-code

*imbas untuk pendaftaran

Tarikh Tutup

Penerimaan borang pendaftaran adalah sebelum 03 Jun 2022. Peserta boleh mendaftar terus pada hari pertama seminar dijalankan sekiranya masih terdapat kekosongan.

Program

Sila layari laman sesawang http://www.trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai seminar dan bengkel.

Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik

Tarikh: 28 - 29 Jun 2022

Pengenalan

Penganjuran Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2020 ini merupakan yang kali ke-13 diadakan. Tema “Menyemarakkan Penulisan dalam bidang Sains dan Teknologi” dipilih bagi memantapkan lagi karya saintifik para karyawan di samping membina profesionalisme dalam bidang penulisan dan penerbitan sainfitik. Selain itu, ianya sejajar dengan cita-cita dan hasrat kita untuk melihat penghasilan penerbitan saintifik di Malaysia terus maju dengan karya yang asli, berintegriti dan berkualiti.

Penulisan dan penerbitan saintifik adalah kunci dalam pembentukan dan penyebaran ilmu pengetahuan kerana ia adalah nadi kepada sistem pendidikan dan pembentukan budaya bangsa. Kemajuan sesebuah negara dan masyarakat biasanya dilandasi khazanah penulisan dan penerbitan yang kukuh. Sejarah kebudayaan dan tamadun manusia membuktikan bahawa tanpa penulisan dan penerbitan yang aktif, kemajuan masyarakatnya tidak akan berkekalan.

Di dalam era globalisasi ini, dunia penulisan dan penerbitan saintifik berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak profesional dan orientasi perniagaan. Lambakan penerbitan bukan saintiifk seperti penerbitan hiburan dan fiksyen memberi saingan hebat mengakibatkan pasaran penulisan dan penerbitan saintifik terjejas.

Penulisan dan penerbitan saintifik perlu diperkasa dan dipersembah dalam gaya yang menarik untuk menarik minat membaca dalam kalangan masyarakat. Budaya membaca Ini akan melahirkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama.

Seminar yang diadakan secara tahunan ini akan mengupas topik dalam dunia penulisan dan akan dibentangkan oleh para pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan saintifik. Para pegawai yang baharu akan turut membentangkan kertas kerja mereka yang telah dihasilkan melalui penyelidikan terkini.

Skop

Satu (1) ucap tema, tiga (3) ucaptama dan tiga belas (13) kertas kerja akan dibentangkan oleh penceramah tempatan merangkumi topik di bawah:

  • Cabaran penulisan dan penerbitan saintifik
  • Hak cipta penerbitan saintifik
  • Keselamatan maklumat
  • Pengurusan editorial
  • Masa depan penulisan dan penerbitan saintifik
  • Aspek bahasa dan gaya penulisan
  • Penulisan dan penerbitan elektronik
  • Undang-undang dalam penulisan dan akta penerbitan
  • Pemasaran penulisan dan penerbitan saintifik
  • Pindahan manuskrip daripada hasil penyelidikan
  • Terjahan Ledakan Maklumat dan Komunikasi

Objektif

  • Membina profesionalisme dalam bidang penulisan dan penerbitan saintifik
  • Mendedahkan peserta kepada dunia penulisan dan penerbitan bagi meningkatkan mutu dan produktiviti
  • Menambah nilai kepada penulisan dan penerbitan saintifik
  • Mendapat praktis terbaik daripada organisasi dan badan yang terlibat dalam penerbitan saintifik

Bengkel Penulisan Saintifik

Tarikh: 30 Jun 2022

Pengenalan

Tanggungjawab seorang penyelidik tidak terhenti dengan berakhirnya kajian di makmal, tetapi tugas mereka perlu dikembangkan dengan menyalurkan hasil kajian tersebut kepada masyarakat luar. Bengkel post-seminar ini diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan penceramah berpengalaman untuk menguasai teknik dan kaedah penulisan saintifik yang berkesan dan mendapatkan panduan untuk meningkatkan peluang artikel tersebut diterbitkan. Penganjuran bengkel ini adalah kesinambungan daripada Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2022 yang diadakan sebelum bengkel.

Objektif

  • Untuk memahami prinsip asas dalam penulisan saintifik
  • Untuk mendapatkan kemahiran dalam membangun dan menulis artikel saintifik
  • Untuk memberi panduan dalam penyediaan artikel saintifik yang baik
  • Untuk mendapatkan panduan menerbitkan kertas penerbitan berwasit dan berimpak tinggi

Kandungan Bengkel

Bengkel Penulisan Saintifik 2021 ini adalah untuk memurnikan manuskrip yang sedia ada sebelum dihantar ke jurnal yang telah dikenalpasti. Ia memberi peluang kepada para peserta untuk memberikan sepenuh tumpuan bagi menyiapkan abstrak manuskrip dalam suasana yang lebih kondusif. Platform untuk menjalinkan kerjasama dan perbincangan yang lebih interaktif di kalangan peserta.

Peserta dikehendaki untuk menyediakan draf manuskrip sekurang-kurangnya 60% telah siap dan segala bahan rujukan yang difikirkan perlu ke bengkel ini agar proses penulisan akan berjalan dengan lancar.

Pembentangan Poster, Pertandingan Poster dan Penerbitan

Poster

Peserta berpeluang berkongsi penulisan melalui penghasilan dan persembahan poster di seminar serta poster ini turut layak untuk dipertandingkan semasa seminar tersebut.

Artikel

Artikel Terpilih berpeluang diterbitkan dalam Portal Majalahsains.Com Dan Majalah Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Peserta

Terbuka kepada karyawan dari sektor awam, badan berkanun dan swasta yang terlibat dalam bidang penulisan dan penerbitan karya khususnya penyelidik, pensyarah, pegawai penerbitan, pustakawan, dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang penulisan dan penerbitan serta orang awam.

Tarikh Tutup

Penerimaan borang pendaftaran adalah sebelum 03 Jun 2022. Peserta boleh mendaftar terus pada hari pertama seminar dijalankan sekiranya masih terdapat kekosongan.

Yuran

yuran

Pakej Penginapan

0002

*Borang Pendaftaran lengkap hendaklah disertakan dengan yuran pendaftaran. Yuran termasuk kos kit kursus, kudapan dan makan tengahari bagi seminar dan bengkel secara fizikal. Bayaran melalui cek/deraf bank/pesanan kerajaan hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Agensi Nuklear. Sila kemukan penyata bank semasa pendaftaran sebagai bukti pembayaran.

Pejabat

Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Blok 57, Kompleks Jalan Dengkil
Bangi, 43000, Kajang Selangor
(u.p. : Pusat Kecemerlangan Nuklear)

Tel Office: 03.8911.2000 samb. 2601/2609/2600
Fax: 03.8911.2180

Pegawai untuk dihubungi

Nama: Kasnidar
Email: kasnidar@cc.nuclearmalaysia.gov.my/kasnidarnurdin@gmail.com
Tel Mobile: +6017-6337637

Nama: Hajar
Email: sitihajar@nm.gov.my
Tel Mobile: +6012-4367769

Nama: Hadza
Email: hadza@nm.gov.my
Tel Mobile: +6019-3434122

Back To Top