Propagasi anak benih aquilaria malaccensis melalui teknik kultur tisu

Aquilaria malaccensis atau karas ialah sumber utama resin gaharu yang digunakan dalam kebanyakan budaya untuk aroma, minyak wangi dan ubat-ubatan tradisional. Secara tradisionalnya spesis ini boleh dipropagasikan melalui kaedah bijibenih, keratan dan cantuman tunas. Pembiakan anak benih biasanya adalah satu kaedah yang boleh dipercayai untuk spesies hutan lain lelapi untuk karas, teknik ini tidak memadai bagi memenuhi permintaan semasa anak benih. Ini disebabkan oleh keboleh hidupan biji benih gaharu adalah rendah, kadar pereambahan rendah, lambat berakar, kitaran hayat lama dan pengeluaran benih yang tidak seragam. Kultur tisu mempunyai beberapa kelebihan dibandingkan dengan pembiakan secara konvensional, terutamanya bagi mendapatkan jumlah anak benih yang besar lagi seragam. Kertas ini membentangkan perkembangan scmasa di dalam propagasi anak benih Aquilaria malaccensis melalui kaedah teknik kultur di Agensi Nuklear Malaysia.